My Blog List

salam dari nana

blog yang meluahkan,memprotes,mengkritik dan bla bla bla....puas atau tak puas hati,terpulanglah pada pembaca..ada merangkumi activiti harian,ada jugak novel atau cerpen yang ntah bila nak siap,ada jugak luahan perasaan nak marah kat bos huhuhuhu..
takderlah..semuanya sekadar blog jer...macam majalah lah jugak...
kepada sesiapa yang berkunjung ke laman nana..terima kasih nana ucapkan..kalau nak bagi komen,silalah..dialu-alukan,..sekurang-kurangnya nana boleh menambah kenalan...apa-apapun..selamat membaca...

Wednesday, April 22, 2009

Cinta Tiada Noktah

"Kak…bangunnnnn"
Bahunya digoncang-goncang..selimut yang tadinya menutupi paras pinggang di tarik hingga menutupi bahu. "kak..bangunla..dah pukul brapa ni,ayah dah bising tu..subuh dah nak habis ni.," Suria menarik-narik selimut yang masih dipegang kemas. Dia sudah cuak dengan rutinnya hari-hari mengejutkan kakaknya yang cukup liat untuk bangun setiap pagi. Pintu bilik diketuk. Sebentar kemudian daun pintu ditolak perlahan. Kelihatan seorang lelaki berusia lewat 50-an berdiri sambil melemparkan senyuman. "ayah.." bisik suria

"hah..dah bangun ke tuan puteri tu"
"belum ayah..ayah la pulak kejutkan dia..suria nak siap-siap..dah dekat setengah jam suria tunggu tak bangun-bangun…" Suria bangun sambil mulutnya mengomel.,dia menjeling kearah tubuh yang masih terbujur kaku seperti mayat itu. Pak razak melangkah masuk ke bilik dua anak daranya itu sambil menggelengkan kepala..dia duduk di sisi jasad seri anak sulungnya yang cukup manja dengannya itu..
"Seri..."lembut suara terpacul keluar dari mulut tua itu. Suria yang masih memerhati dari pintu menepuk dahi..
"Seri..bangun nak..dah subuh ni.." Jasad itu mula bergerak-gerak dan mula menggeliat..
"Ayah" matanya dicelikkan sedikit..nampak samar-samar wajah usang ayahnya memandangnya penuh kasih sayang..
"Bangun nak..subuh..tolong mak kat dapur tu..." "Baik ayah,," Pak Razak bangun meninggalkan bilik itu meninggalkan suria yang masih berdiri di pintu. Wajahnya masam mencuka.
"Subuh nak habis dah laaa kakkkkk"
"Ye la ye laaaaaaa" Seri bangun mencapai tuala..


Mak Mah sibuk membungkus nasi lemak untuk dihantar ke kedai Pak Hamid. Dia ke dapur seawal 4 pagi.membantu sedikit suami yang bekerja keras siang dan malam..siang di kebun kelapa sawit dan malam di pejabat perladangan sebagai pengawal keselamatan.
"Seri dah bangun bang?"
"dah..tengah sembahyang subuh,saya ke kebun dulu lah..nanti biar dia datang hantarkan makanan nanti." Mak Mah mengangguk akur. Segala kata-kata suaminya tidak pernah di bantah. Dia menghulur tangan tanda hormat. Dicium tangan tua yang menjadi payung keluarganya selama ini..selama 25 tahun bersama. Pak Razak tersenyum..hatinya cukup bahagia mempunyai isteri dan anak-anak yang cukup menghormatinya..
"Mak..ayah..Suria pergi dulu" Giliran Suria yang sudah kemas berseragam sekolah datang kearah mereka berdua bersalaman..Sebentar lagi bas sekolah akan melintas di depan rumah..di harus keluar menunggu di depan tangga..tahun ini dia akan menduduki peperikasaan besar..Sijil Pelajaran Malaysia.
"Kak seri mana?"
"Ada ni mak..seri muncul di depan pintu dapur."

_______________________________________________________________________

"Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumussalam.." Pak Razak menoleh. Cepat-cepat dia meletakkan sabit ketanah
"Tuan Pengurus,.."bisiknya..
"Tuan..awal nampk pagi ni.." Dia menyapa..di depannya kini berdiri dua orang lelaki..seorang lelaki berusia lewat 40-an.,dan seorang lagi anak muda sekitar awal 20-an yang cukup segak di mata Pak Razak. Dia cukup kenal dengan lelaki yang di panggil tuan itu. Tuan Zarul , yang sudi mengambilnya bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam. Tuan Zarul sekeluarga baru sahaja berpindah ke ladang itu selama 2 bulan. Sebelum itu mereka bekerja di Kalimantan..dibawah syarikat yang sama dengan pengurusan ladang di kawasan itu.
"Ya Pak Razak..saya awal sikit hari ni..bawa anak bujang saya ni kenal-kenal tempat ni "Oooo anak dia rupanya.." bisik Pak Razak. "Oh ya..Macam mana kerja sekarang ni Pak Razak.?" "Alhamdulillah tuan,nampaknya sejak harga kelapa sawit naik ni…senanglah sikit hidup saya..dapat bayar pelajaran anak sekolah..
" Baguslah kalau macam tu..tak payahlah Pak Razak berjaga malam sangat bekerja di rumah saya tu..lagipun kesihatan kena jaga juga.." Bahu pak razak ditepuk. Orang tua itu tersenyum.
"Ayah.!!!" Ketiga-tiga lelaki itu menoleh kearah suara itu. Kelihatan seri sedang berjalan laju menuju kearah ayahnya sambil membimbit bekas makanan.
"Errrk..tuan..itu anak saya Seri..tengah tunggu keputusan STPM hehe.." Seri menghulur tngan bersalam mencium tangan tanda hormat pada Tuan Zarul Tanpa disedari.."anak bujang" Tuan Zarul disebelahnya memandang kaku...
"Err..nama siapa ya…" Pak Razak memandang anak muda itu dengan ramah. "Nazim pak cik.."Seri juga menatap wajah anak muda itu..mereka tiba-tiba perpandangan.. seperti ada sesuatu…Nazim ni sekarang tengah tunggu keputusan A-level..nanti dia akan menyambung pelajaran keluar negara..insyaAllah.."sampuk Tuan Zarul. Seri meneguk liur..dahlah kacak.,pandai pulak..bisiknya.
"Ha..! Nazim kalau nak kenal kampung ni tanya si Seri ni ha,,..segala ceruk paya,hutan belukar dia tahu.." Seloroh Pak Razak..Seri tersipu-sipu malu..apa la ayah aku ni..
"Boleh Cik Seri?bawakan saya tengok-tengok kampung ni?"berdebar-debar Seri bila mendengar suara lembut anak tuan pengurus itu..dia memndang ayahnya.. "pergilah.,tapi jangan lama-lama..nanti dilarikan hantu raya pulak..," usik Pak Razak lagi..Tuan Zarul hanya ketawa..
"Pergi dulu ayah..tuan.." Seri melangkah dituruti nazim..meninggalkan Tuan Zarul dan Pak Razak menyambung perbincangan.. "Hah..apa yang encik nak tengok?" "Eh berencik-encik pulak..panggil nama cukuplah" "Ermm..awak nak tengok apa.." "Mula-mula sampai saya tengok macam tak ada apa yang menarik pun kat sini… Tapi.hari ni saya dapat rasakan yang kampong ni menarik sangat.." Ni sindir ke apa ni?bisik seri sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------
.
"Ooooo..itulah sebab abang jatuh hati pada Seri ya…" Seri menubit lengan nazim.."Adoiii!" "Ada lagi..Abang jatuh hati pada cara Seri bersalam dengan papa abang..Nampak ayu sangat-sangat.,"
"Amboiii..!" Kali ini Seri cuba mencubit pinggang Nazim..Cepat-cepat lelaki itu mengelak..Mereka ketawa dan kelihatan begitu dilamun cinta.
"Seri…" Tiba-tiba Nazim terdiam.,Dia memandang tepat ke wajah Seri..gadis itu memandangnya dengan dahi yang berkerut. "Pejam celik pejam celik,dah setahun usia perkenalan kita.."
"Setahun.."Seri mula berfikir sendiri.,Terlalu cepat masa berlalu..bisiknya..diam tak diam,adiknya Suria pun sudah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti awam di ibukota..Dia cukup berbangga dengan satu-satunya adik yang menjadi harapan keluarga..Baginya biarlah dia dikampung,walaupun keputusan STPM nya agak baik..Mak Mah ibunya selalu sakit-sakit..tu yang menjadi keutamaan Seri..menjaga ibunya yang tercinta. Sesekali dia membetulkan kedudukan punggungnya di atas kerusi keras di taman rekreasi..,tempat selalu mereka bertemu.
"Ya setahun..,"Nazim bersuara lembut."Jadi.,Abang ingat nak buat sesuatu dengan hubungan ni..,tak boleh biar lama-lama.." "Abang rasa sudah sampai masanya abang nak ikat Seri..,Maksud abang nak ambil Seri menjadi isteri abang yang sah."
Seri terkedu..tapi wajahnya ketika itu cukup berseri-seri..

-------------------------------------------------------------------------------------

"Nazim! U are too young!"
Suasana dalam banglo milik Tuan Zarul menjadi tegang..Puan Zalia yang berdiri sambil bercekak pinggang meninggikan suara. Dia cukup terkejut dengan luahan anak lelaki tunggalnya yang tidak boleh diterima akal langsung.
"Nazim dah buat keputusan mama..Nazim dah serius dengan Seri..Nazim nak end up kan hubungan ni dengan ikatan perkahwinan yang sah mama.."
"Heiii!!! U dengar tak tu papa??"sekali lagi Puan Zalia menengking.dia seperti sudah hilang pertimbangan. Dunia ini dirasakan berputar deras..dia langsung tidak boleh menerima hakikat bahawa Nazim ingin berkahwin dengan seorang gadis kampung.
"Papa!!!"I nak pergi ke rumah that girl..i nak tanya dia,ubat apa yang dia beri pada anak kita sampai jadi macam ni.!" Tuan Zarul yang sedari tadi bersandar di sofa juga bangun..Dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Mama…Nazim dah besar,dah 22 tahun.,Seri dah 20 tahun,Nazim rasa tak salah kalau kami berkahwin mama…"
"Patutla mama dan papa nak hantar kau ke oversea kau tak nak.,rupa-rupanya ada something wrong kat sini.."Sinis Puan Zalia."No way Nazim! Sebesar kuman pun mama tak izinkan.!"
"Papa…"Nazim memandang wajah Tuan Zarul mengharapkan simpati..Tuan Zarul menggelengkan kepala..
"Papa juga seperti mama Zim.,she really not suitable for u.," Nazim mengeluh geram..dia meluru kepintu,keluar dari rumah..
"Crazy!!!!!!!"Puan Zalia menjerit sekuat hati...

-------------------------------------------------------------------------------------

"Mak.." Seri menghampiri Mak Mah yang duduk di kerusi usang di ruang tamu. tangannya membawa dulang minuman untuk dihidangkan kepada ayahnya dan Nazim..sesekali dia membetulkan lengan baju kurungnya yang panjang ketika menuangkan air ke dalam cawan dengan tertib. Sesekali dia menjeling ke arah Nazim yang kelihatan agak resah di sebelah ayahnya.
"Mak dengan ayah sebenarnya tak menghalang langsung kalau kamu berdua kata kamu nak bernikah..,tapi pandangan keluarga Nazim pun perlu di ambil kira juga.."kata Mak Mah lembut. dia memandang wajah pak razak yang juga kelihatan sugul.
"Betul tu Zim..,restu orang tua kamu tu penting juga.,pak cik dengan mak cik taknak lah dikatakan bersubahat dalam memujuk kamu menikahi Seri.."
Nazim tunduk.dia pun buntu dengan keadaan itu..sangkaannya keluarganya merestui memandangkan dia sudah setahun menjalin hubungan dengan Seri.,
"Mak cik.."Nazim yang pada mulanya membisu mula bersuara.
"Saya tetap nak bernikah dengan Seri..saya tak peduli dah sama ada keluarga saya merestui atau tidak.."
Pak Razak dan Mak Mah berpandangan sesama sendiri..Seri yang tunduk pada mulanya memandang tepat kewajah Nazim..air matanya hampir menitis..

___________________________________________________________________


"Mereka dah bernikah.! Yusof yang beritahu aku!"
"Pak Razak tu kenapa..dah tak betul ke..?gunakan anaknya untuk kepentingan sendiri."
"Teh tarik satu!"
semua mata memandang ke arah suara jantan itu.lelaki itu menarik kerusi dari meja lain menghampiri mereka berempat yang duduk menikmati minuman. kelihatan dua tiga orang keluar masuk kedalam gerai makan milik pak atan.
"Hah!!!kenapa pandang aku?"
"Kau tahu citer tak?"
"Hmmm...!korang apa tahu? aku dah tahu segalanya"
Yusof,tukang kebun berusia pertengahan 30-an memang sudah lama memerhati gerak-geri seri dan nazim. nazim anak majikannya,cukup sombong dan megah di matanya. begitu juga Seri,walaupun berkali-kali dia cubaa memenangi hati gadis itu,Seri hanya memandangnya sebelah mata. dia menggertap bibir.
Dia cukup terkejut apabila mengetahui bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan. dia tahu hubungan itu tidk direstui. dia tahu mereka sudah bernikah secara senyap-senyap tanpa persetujuan keluarga Nazim.dia tahu segalanya.
Dia juga tahu Puan Zalia sedang menangis dan menjerit seperti orang kurang siuman. dia tahu sudah berpuluh ribu mereka habiskan bertemu bomoh untuk memisahkan mereka.
yusof yang masih bujang memang seronok mendengar drama swasta yang bakal dilakuninya itu...