My Blog List

salam dari nana

blog yang meluahkan,memprotes,mengkritik dan bla bla bla....puas atau tak puas hati,terpulanglah pada pembaca..ada merangkumi activiti harian,ada jugak novel atau cerpen yang ntah bila nak siap,ada jugak luahan perasaan nak marah kat bos huhuhuhu..
takderlah..semuanya sekadar blog jer...macam majalah lah jugak...
kepada sesiapa yang berkunjung ke laman nana..terima kasih nana ucapkan..kalau nak bagi komen,silalah..dialu-alukan,..sekurang-kurangnya nana boleh menambah kenalan...apa-apapun..selamat membaca...

Saturday, April 25, 2009

Cinta Tiada Noktah 2

"Kakak..Kakak menangis ke?"
Dia tersentak. Cepat-cepat dia mengesat airmata yang setitis demi setitis membasahai pipinya.
"Kakak nangis kak?"Suria yang baru sahaja pulang dari kerja menghampiri kakak kesayangannya..Seri.
Hmmm..Seri menghela nafas panjang.,tersedar dari lamunan..segalanya telah berlalu, 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek..tetapi semuanya seolah-olah baru semalam berlaku.
"hmm.,,kau baru balik dik,makan dah?" Seri cepat-cepat menukar tajuk perbualan.,Suria yang sedikit kepenatan hanya menjeling.dia cukup masak dengan perangai kakaknya seorang ni..
"dah..makan dengan zul tadi..akak dah makan?"
"Ooo.akak dh makan..kalau kau nak makan.,nasi dan lauk ada atas meja tu,akak nak masuk tidur,esok nak kerja"
"Ermm..selamat malam..Suria mencium pipi seri tanda sayang yang tak berbelah bagi pada Seri., dia hanya melihat Seri berlalu ke bilik dengan mata yang bergenang..
Suria terpandang gambar di dinding rumah sewa mereka.tergantung gambar arwah mak dan ayah..dia menghela nafas sambil berdoa segala kebahagiaan dulu kembali semula..cukuplah dia menjadi saksi kepada segala kesedihan yang di tanggung Seri..
______________________________________________________________

Malam itu Seri dan Nazim keluar ke pasar malam.,yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari rumah mereka.,seperti biasa Seri mengikat rambutnya rapi. cukup cantik di mata Nazim. dia tersenyum sendiri memerhatikan kelincahan Seri menawar harga barang kepada peniaga-peniaga ketika membeli barang.
Setelah selesai membeli barang,mereka berjalan beriringan menuju ke arah motosikal milik Pak Razak..satu-satunya kenderaan yang mereka miliki..tiba-tiba Nazim merasakan bahunya di tepuk
"Papa!" dia sedikit terkejut.Seri yang memeluk erat lengan Nazim turut terkedu.segera dia mencapai tangan Tuan Zarul untuk bersalam..dia mencium tangan bapa mertuanya itu.
"Nazim,,papa tahu kamu akan kemari..sebab itulah papa mencari kamu disini."
Nazim menghela nafas panjang..dia tunduk,buntu dengan keadaan.
"Nazim pulanglah..mama nazim terlalu rindu padamu nak.."
Nazim dan seri berpandangan.
"Papa tahu kamu berdua dah bernikah.,bawalah seri ke rumah,mungkin mama kamu akan sejuk hati nanti.,"
Seri yang membimbit nasi kerabu mengukir senyuman.,
"ermm..macam ni lah papa..izinkan Nazim pulang dn berbincang dulu dengan Seri..insyaallah kami akan ke rumah papa..,kirim salam mama ya"
Tuan Zarul turut tersenyum sambil menganggukkn kepala.

______________________________________________________________________

cuti


Walaupun aku di panggil 'Mek' oleh kengkawan aku..itu tak bermakna yang aku ni betul-betul minah kelantan.
Kelantan..banyak lagi
yang aku tak tahu sebenarnya.
Aku tahu menteri dia Tuan Guru Nik Aziz.,
aku tahu nama daerah-daerah..tapi tu
ajela,berlagak je cakap kelantan,sebenarnya aku betul-betul bengap kalau orang
tanya pasal negeri ni.

Baru-baru ni aku dengan sahabatku dari sabah pergi melawat ke
Kelantan.sambil menziarahi sedara mara yang majoritinya aku tak berapa kenal..apa yang menarik kami pergi menaiki keretapi.,saja nak merasa..cik
dengan ayah kesayangan aku ikut sama..
Apa yang menarik,buat pertama kalinya aku merasa menaiki beca atau dipanggil 'teksi' oleh orang-orang kelantan. Pasar Siti Khadijah juga sungguh menakjubkan..majoriti yang berniaga di pasar itu terdiri daripada kaum-kaum ibu..
Terkejut sangat bila aku terserempak dengan bekas rakan sekolahku,izan yang turut berniaga kuih muih di pasar itu..kecikk je dunia..
Apa-apapun,aku memang puas hati dengan percutian kali ni...