My Blog List

salam dari nana

blog yang meluahkan,memprotes,mengkritik dan bla bla bla....puas atau tak puas hati,terpulanglah pada pembaca..ada merangkumi activiti harian,ada jugak novel atau cerpen yang ntah bila nak siap,ada jugak luahan perasaan nak marah kat bos huhuhuhu..
takderlah..semuanya sekadar blog jer...macam majalah lah jugak...
kepada sesiapa yang berkunjung ke laman nana..terima kasih nana ucapkan..kalau nak bagi komen,silalah..dialu-alukan,..sekurang-kurangnya nana boleh menambah kenalan...apa-apapun..selamat membaca...

Sunday, November 15, 2009

aku nana

Seingat-ingat aku.,seawal ingatan aku,aku ketika itu berumur dalam
lingkungan 4 tahun,aku masih Diam tak diam..aku rupanya dah wujud di dunia
ni hampir 30 tahun..dalam masa 30 tahun banyak benda yang aku
lalui..seperti manusia-manusia normal yang lain..punyai keluarga,mak ayah
dan seorang abang.
ingat bagaimana aku ke kedai dengan membawa koin 10 sen untuk membeli
makanan ringan dan dihalau oleh tauke kedai yang berketurunan mamak..aku
boleh ingat detik-detik itu,bila aku bertanya kembali kepada ibuku.,dia
mengganggarkan ketika itu umurku 3 tahun..aku tersenyum sendirian..
Ayah bekerja sebagai pekebun di sebuah kilang kelapa sawit.,bermula
sebagai buruh ladang,yang mengait buah kelapa sawit yang setinggi tiang
lampu,.dia di tawarkan menjadi tukang kebun.aku dapat bayangkan betapa susahnya mereka ketika mereka mula menjejakkan kaki ke tanah Pahang,Ibuku yang lebih mesra di panggil cik memberitahu pada ketika itu,dia di sisih oleh keluarga kerana kemiskinan hidup.sebab itu mereka berdua mengambil keputusan untuk berhijrah.
Aku dilahirkan pada 6 october 1980 di sebuah perumahan ladang,di sungai mai,daerah jerantut..menurut cik,pada hari isnin ketika dia sedang bersiap-siap untuk ke pekan sehari. Aku di sambut oleh seorang bidan yang bernama mak jamilah(yang kebetulannya nenek kepada bekas kekasihku).alhamdulillah walaupun pada ketika itu,segala kemudahan seperti peralatan hospital tiada,aku dilahirkan secara sihat dan cukup sifat.,Cuma mungkin ada sedikit kecacatan iaitu jari kakiku sedikit pendek (jari manis) dan kakiku juga sedikit tidak sempurna(memberi kesan kepada corak perjalanan sehingga sekarang)tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga..
mempunyai seorang abang yang 11 tahun berusia dariku..roslan,seorang abang yang agak pelik dan sememangnya pelik.,panas baran,tapi cepat reda,,jenis tak sayang mulut dan lasernya melebihi laser mak raja..(cik akulah,)
aku jenis cool seprti ayah..tapi jangan buat aku marah..kalau dh marah aku akan buat sesuatu di luar dugaan..leter2 ni tak main..huhuhu

Kemudian ayah di di tukarkan bekerja di sebuah kilang kelapa sawit di mentakab,jadi kami sekeluarga berpindah ke mentakab.,seingat aku ketika itu umurku 4 tahun,aku masih ingat kenangan-kenangan di mentakab,di mana aku mula mengenali bagaimana cara berkawan.,
Aku berjiran dengan keluarga cina,melayu dan india,kenangan yang sangat manis,ayah sangat baik dengan satu keluarga, cik pada ketika itu sudah mula menunjukkan bakatnya dalam perniagaan. Bermula jam 6 pagi,dia mula memasak untuk dijual kepada anak-anak muda yang berkerja di kilang pada ketika itu.
Satu kenangan yang paling aku tidak lupa,suatu hari ayah pulang dari kerja,tiba-tiba dia mengalami sakit perut yang teramat dasyat,aku lihat ayah mengerang sakit,kemudian dia dikejarkan ke hospital dan berjaya menjalani pembedahan appendix. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.
2 tahun di mentakab,ayah di tawarkan untuk pulang bekerja semula di Sungai Mai. Aku ketika itu berumur 6 tahun,masih tidak bersekolah walaupun ke tadika,aku masih ingat bagaimana pakcik Kamaruddin datang kerumah dan menawarkan pekerjaan kepada ayah.pada mulanya ayah seperti keberatan,tapi setelah di pujuk,dia akhirnya setuju..maka bermulalah episodku di Sungai Mai,,

masih segar dalam ingatanku,mula-mula aku sampai ke kawasan perumahan kilang sungai mai..ramai budak-budak sebayaku datang menyaksikan ayah dan kawan-kawannya mengangkat barang-barang..
seorang demi seorang datang bersalaman denganku..Izan,Tini,Ita,Lili,Mimi,Ayu...mereka semua menyabut kedatangan aku dengan mesra,,aku sebenarnya sedikit tidak selesa kerana aku tidak biasa mendapat kawan sebegitu ramai..
pertama kali belajar berkawan
mereka mengajak aku ke suatu tempat yang menurut mereka sangat menarik..tanpa meminta izin dari cik dan ayah,.aku mengikut mereka dengan penuh keyakinan..rupa-rupanya mereka membawa aku ke sungai..
bayangkan kanak2 berusia 6 tahun sudah pndai ke sungai
apa lagi..petang tu aku dapat hadiah tali pinggang ayah dari cik...huhuhu..
..aku perasan yang izan tidak sukakan aku..katanya aku manja..

ada lagi kenangan..aku meraung-raung ketika cik menghantar aku kesekolah tadika,,sungguh aku tidak berkenan dengan suasana yang cukup asing bagi aku..adakah patut masuk tadika pada pertengahan tahun? banyak yang aku tertinggal..aku ingat lagi..punyalah susah untuk aku menulis huruf M ,nasib baik ayah ada..bangun-bangun tidur je..kerja sekolah dah siap..hehehehe...

naik sekolah rendah..ayah menghantar aku ke sekolah bandar.,yang jauhnya kira2 28 km waktu itu (sekarang dah ada highway..jadi dekat sikitlah).walaupun hanya bekerja sebagai tukang kebun,aku tengok ayah seperti semangat untuk menyekolahkan aku di tempat yang bagus.,padahal terdapat satu sekolah yang jauhnya hanya 5 km dari tempatku.,
seingat aku,hanya aku,izan,tini yang bersekolah di sekolah tu..Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut..
abang waktu itu baru habis bersekolah..sedang menunggu keputusan SPM..jadi beban yang di tangung ayah tidaklah seberapa(agak2 aku la) memandangkan aku seorang saja yang bersekolah..

jadi kami bertiga ( aku,izan dan tini) menjadi rakan baik walaupun berlainan kelas,,sebenarnya aku ada konflik dalaman dengan izan,aku tidak menyukai personalitinya yang suka berlagak,cakap besar,macam dia je yang bagus..heheh tapi memandangkan dah tiada kawan lain..layan je la..

tapi,antara kami bertiga,,akulah yang paling bijak(heheh) selalu berada di tngga teratas dalam kelas,matematik?huh!petik jari jer,heheheh

segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah aku melalui episod hitam pada 24 disember 1988....

waktu itu cuti semester akhir tahun untuk aku naik setangga ke darjah 3,tiada apa yang aku
lakukan pada musim cuti sekolah melainkan hanya tinggal di rumah, zaman kanak2 ku tidak diisi
dengan kemewahan,tidak pernah aku di bawa melancong atau melawat ke tempat-tempat menarik seperti yang dilakukan oleh banyak keluarga pada zaman sekarang,
ayah pulang dari kerja seperti biasa. kau masih ingat waktu itu aku terdengar cik meminta ayah untuk ke pekan membeli sedikit barang keperluan. aku dengan segera berlari mendapatkan pakaian yang sesuai untuk ke pekan.
bila aku keluar,ayah sudah menghidupkan enjin motosikalnya, aku segera berlari mendapatkan ayah
jawapan yang sungguh menghampakan..ayah tidak mengizinkan aku untuk ikut sama ke pekan..
aku mula sedih..menangis huhuhu
akhirnya tangisanku berjaya memujuk hati cik untuk melepaskan aku pergi.ayah tanpa cakap banyak terus membenarkan aku membonceng di belakang.
kami ke pekan kuala krau yang letaknya lebih kurang 10km dari ladang sungai mai, masih aku ingat,ayah membeli beberapa barang dapur dan diletakkan dii dalam raga motosikal honda cup miliknya.
setelah segalanya selesai,kami bertolak pulang.,aku masih ingat setibanya di depan kedai runcit mamak di kawasan estet,aku meminta ayah berhenti untuk membeli ais krim,tetapi ayah memberi alasan sudah lewat.
dia terus membonceng tanpa menghiraukan rayuanku untuk membeli ais krim..tiba-tiba..."gedegang!!!!!
aku membuka mata perlahan-lahan..di mana kah aku...kenapa dunia aku gelap kurasakan..kenapa aku rasa seperti berada di awangan..
telingaku dapat menangkap bunyi riuh rendah..tetapi aku masih tidak tahu dimanakah aku sebenarnya..
' ni sorang lagi ni!!!" tiba-tiba aku mendengar jeritan seorang lelaki..tidak smpai beberapa saat aku dapat rasakan tubuhku diangkat oleh seseorang yang berbadan agak besar..
"la..anak dia ni" terdengar pula suara seorang perempuan dan beberapa suara lagi..
tubuhku yang lesu dan longlai diletakkan di atas jalan raya..aku membuka mata..
yaALLAH..menggeletar seluruh tubuhku melihat jasad disebelah yang berlumuran darah..ayah...air mataku mengalir,tapi aku tak berdaya bangun menuju ke jasad itu..ayah memandangku,seluruh kaki kirinya hancur..dia kelihatan tenang dan tak lepas dri menyabut perkataan ALLAH,..
Aku betul2 buntu ketika tu..apalah yang berlaku ni.,kenapa ianya berlaku,susah betul hatiku ketika ini...
mari kita hntar mereka ke hospital..baru aku perasan..ramainya orang mengerumuni dan menyaksikan apa yang berlaku, kami berdua dilanggar oleh sebuah kereta,dan puncanya memang aku tidak jelas kenapa..

Tuesday, June 9, 2009

sesuatu yang tak terucap







alhamdulillah..



hajat untuk bertemu ayahanda dan bonda di tanah suci termakbul jua..selepas sebulan aku menjejakkan kaki kemadinah.,kini tiba masanya aku ke tanah suci mekah..



Friday, May 1, 2009

indahnya madinah..







Perancangannya hanya lebih kurang 2 minggu.,kami berlima.,kak linda,kak ita,kak pais saila dan aku.,kami bertolak kira-kira jam 1130 pagi dari riyadh menaiki Nas Air..penerbangan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..tiba di airport madinah.,kami menaiki limosin menuju ke hotel..Al-juwarah hotel..kira2 500 meter dari masjid..,dekat je weh..
Sampai di hotel,ada seorang ustaz muda dah bersedia menanti kami.,dialah yang menguruskan penginapan,makan.
Malam..kami ke masjid berjemaah.,indahnya,..sukar di ungkap dengan kata-kata.






Saturday, April 25, 2009

Cinta Tiada Noktah 2

"Kakak..Kakak menangis ke?"
Dia tersentak. Cepat-cepat dia mengesat airmata yang setitis demi setitis membasahai pipinya.
"Kakak nangis kak?"Suria yang baru sahaja pulang dari kerja menghampiri kakak kesayangannya..Seri.
Hmmm..Seri menghela nafas panjang.,tersedar dari lamunan..segalanya telah berlalu, 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek..tetapi semuanya seolah-olah baru semalam berlaku.
"hmm.,,kau baru balik dik,makan dah?" Seri cepat-cepat menukar tajuk perbualan.,Suria yang sedikit kepenatan hanya menjeling.dia cukup masak dengan perangai kakaknya seorang ni..
"dah..makan dengan zul tadi..akak dah makan?"
"Ooo.akak dh makan..kalau kau nak makan.,nasi dan lauk ada atas meja tu,akak nak masuk tidur,esok nak kerja"
"Ermm..selamat malam..Suria mencium pipi seri tanda sayang yang tak berbelah bagi pada Seri., dia hanya melihat Seri berlalu ke bilik dengan mata yang bergenang..
Suria terpandang gambar di dinding rumah sewa mereka.tergantung gambar arwah mak dan ayah..dia menghela nafas sambil berdoa segala kebahagiaan dulu kembali semula..cukuplah dia menjadi saksi kepada segala kesedihan yang di tanggung Seri..
______________________________________________________________

Malam itu Seri dan Nazim keluar ke pasar malam.,yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari rumah mereka.,seperti biasa Seri mengikat rambutnya rapi. cukup cantik di mata Nazim. dia tersenyum sendiri memerhatikan kelincahan Seri menawar harga barang kepada peniaga-peniaga ketika membeli barang.
Setelah selesai membeli barang,mereka berjalan beriringan menuju ke arah motosikal milik Pak Razak..satu-satunya kenderaan yang mereka miliki..tiba-tiba Nazim merasakan bahunya di tepuk
"Papa!" dia sedikit terkejut.Seri yang memeluk erat lengan Nazim turut terkedu.segera dia mencapai tangan Tuan Zarul untuk bersalam..dia mencium tangan bapa mertuanya itu.
"Nazim,,papa tahu kamu akan kemari..sebab itulah papa mencari kamu disini."
Nazim menghela nafas panjang..dia tunduk,buntu dengan keadaan.
"Nazim pulanglah..mama nazim terlalu rindu padamu nak.."
Nazim dan seri berpandangan.
"Papa tahu kamu berdua dah bernikah.,bawalah seri ke rumah,mungkin mama kamu akan sejuk hati nanti.,"
Seri yang membimbit nasi kerabu mengukir senyuman.,
"ermm..macam ni lah papa..izinkan Nazim pulang dn berbincang dulu dengan Seri..insyaallah kami akan ke rumah papa..,kirim salam mama ya"
Tuan Zarul turut tersenyum sambil menganggukkn kepala.

______________________________________________________________________

cuti


Walaupun aku di panggil 'Mek' oleh kengkawan aku..itu tak bermakna yang aku ni betul-betul minah kelantan.
Kelantan..banyak lagi
yang aku tak tahu sebenarnya.
Aku tahu menteri dia Tuan Guru Nik Aziz.,
aku tahu nama daerah-daerah..tapi tu
ajela,berlagak je cakap kelantan,sebenarnya aku betul-betul bengap kalau orang
tanya pasal negeri ni.

Baru-baru ni aku dengan sahabatku dari sabah pergi melawat ke
Kelantan.sambil menziarahi sedara mara yang majoritinya aku tak berapa kenal..apa yang menarik kami pergi menaiki keretapi.,saja nak merasa..cik
dengan ayah kesayangan aku ikut sama..
Apa yang menarik,buat pertama kalinya aku merasa menaiki beca atau dipanggil 'teksi' oleh orang-orang kelantan. Pasar Siti Khadijah juga sungguh menakjubkan..majoriti yang berniaga di pasar itu terdiri daripada kaum-kaum ibu..
Terkejut sangat bila aku terserempak dengan bekas rakan sekolahku,izan yang turut berniaga kuih muih di pasar itu..kecikk je dunia..
Apa-apapun,aku memang puas hati dengan percutian kali ni...






Friday, April 24, 2009

Pada 8 haribulan 12 baru-baru ini ,Nana dipilih untuk mewakili malaysia untuk memperagakan pakaian kebangsaan dalam majlis Recognition Day yang di anjurkan oleh King Faisal Heart Institute....untuk memperkenalkan bendera dan budaya dari negara masing-masing. Memandangkan rakan-rakan sekerja Nana terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang datang dari seluruh pelusuk dunia,Nana dengan gembira menerima tawaran itu. Sambil mengenakan baju kurung bewarna ungu.,nana menyanyikan lagu negaraku dengan megah di depan mereka dan menyapa mereka dengan perkataan "apa khabar.."

SI HITAM

Ali dan fatimah merupakan pasangan suami isteri. mereka mempunya seekor kucing bernama si hitam.

Fatimah ni tersangatttlah sayangkan Si Hitam tu..Ali pulak.,kalau Si Hitam tu berbelit di kaki dia..sah ditendangnya Si Hitam sampai terpelanting. Dia cukup bencikan Si Hitam..bukan apa,dia memang tk minat dengan binatang,.dah tu pulak si hitam ni suka berak suka suka hati dia je..merata-rata .tapi sebab sayangkan Fatimah,dia berpura-pura manjakan Si Hitam.sebenarnya si Ali ni hanya menunggu peluang untuk kenakan Si Hitam tu.

Satu hari.,fatimah meminta izin si ali untuk keluar ke pasar..ali dengan girangnya mengizinkan fatimah pergi..hehehe siap kau hitammm..
Selepas 5 minit Fatimah keluar dari rumah..Ali dengan cekapnya menjejak Si Hitam..rupanya Si Hitam sedang tidur di ruang tamu.,di atas sofa empuk yang Ali belikan untuk Fatimah...siap kau Hitam..Ali menggertap bibir. dengan perlahan-lahan dia melungkup kain.,ala-ala nk culik awek dalam citer hindustan..
Setelah puas meronta-ronta,akhirnya Si Hitam menjadi lemah..Ali pun dengan cepat-cepat memasukkan Si Hitam dalam guni..dia sumbat Si Hitam dalam bakul motor kapcainya.
Dia membonceng motor kapcai yamaha ex5 ke kampung sebelah.,dalam setengah jam perjalanan,dia meletakkan guni di tepi sungai..dengan girangnya dia membonceng motosikal pulang ke rumah.
Tetapi alangkah terkejutnya Ali.,sampai saja dirumah,kelihatan fatimah sedang memberi whiskas dengan manjanya pada si hitam..dia terkejut hairan..
takper,takper esok masih ada bisiknya..sempat si hitam menjeling ke arah ali...siap kau nanti,bisik ali
keesokan harinya.,fatimah meminta izin ali untuk ke rumah kawannya belajar memasak. pergilah,kata ali dengan senang..tak sampai 5 minit fatimah keluar,sekali lagi si hitam diculik,kali ini ali menggunakan kain pelekat pemberian fatimah masa mula-mula kwin..siap kau kali ni..bisiknya..mata sinitam di ikat kemas untuk mengelakkan dari sinitam mengesan jalan untuk pulang..
ali embonceng motsikalnya lagi..si hitam hanya diam di dalam bakul..
ali menggunakan jalan yang agak jauh..,sepuluh kampung dia masuk,keluar lebuh raya,masuk jalan kecik,lorong,untuk mengelirukan si hitam..
kali ni memng kau takkn jumpa jalan balik..bisiknya..
_------------------------------------------------------------------------------

"kring kring" telefon berbunyi..fatimah yang baru pulang dari blajar memasak menjawab.."hello"
"hello timah..abg ni..hitam ada kat situ tk?"
hitam?ada..kenapa abag..
panggil dia kejap
fatimah hairan..gila apa suami aku ni..nk bercakap dengan kucing
"kenapa abg?"
"panggil la kejapp timah.!!!!!.aku nak tanya dia macam mana dia balik tadi.,aku dah sesat niiiiiiiiiii"