My Blog List

salam dari nana

blog yang meluahkan,memprotes,mengkritik dan bla bla bla....puas atau tak puas hati,terpulanglah pada pembaca..ada merangkumi activiti harian,ada jugak novel atau cerpen yang ntah bila nak siap,ada jugak luahan perasaan nak marah kat bos huhuhuhu..
takderlah..semuanya sekadar blog jer...macam majalah lah jugak...
kepada sesiapa yang berkunjung ke laman nana..terima kasih nana ucapkan..kalau nak bagi komen,silalah..dialu-alukan,..sekurang-kurangnya nana boleh menambah kenalan...apa-apapun..selamat membaca...

Sunday, November 15, 2009

aku nana

Seingat-ingat aku.,seawal ingatan aku,aku ketika itu berumur dalam
lingkungan 4 tahun,aku masih Diam tak diam..aku rupanya dah wujud di dunia
ni hampir 30 tahun..dalam masa 30 tahun banyak benda yang aku
lalui..seperti manusia-manusia normal yang lain..punyai keluarga,mak ayah
dan seorang abang.
ingat bagaimana aku ke kedai dengan membawa koin 10 sen untuk membeli
makanan ringan dan dihalau oleh tauke kedai yang berketurunan mamak..aku
boleh ingat detik-detik itu,bila aku bertanya kembali kepada ibuku.,dia
mengganggarkan ketika itu umurku 3 tahun..aku tersenyum sendirian..
Ayah bekerja sebagai pekebun di sebuah kilang kelapa sawit.,bermula
sebagai buruh ladang,yang mengait buah kelapa sawit yang setinggi tiang
lampu,.dia di tawarkan menjadi tukang kebun.aku dapat bayangkan betapa susahnya mereka ketika mereka mula menjejakkan kaki ke tanah Pahang,Ibuku yang lebih mesra di panggil cik memberitahu pada ketika itu,dia di sisih oleh keluarga kerana kemiskinan hidup.sebab itu mereka berdua mengambil keputusan untuk berhijrah.
Aku dilahirkan pada 6 october 1980 di sebuah perumahan ladang,di sungai mai,daerah jerantut..menurut cik,pada hari isnin ketika dia sedang bersiap-siap untuk ke pekan sehari. Aku di sambut oleh seorang bidan yang bernama mak jamilah(yang kebetulannya nenek kepada bekas kekasihku).alhamdulillah walaupun pada ketika itu,segala kemudahan seperti peralatan hospital tiada,aku dilahirkan secara sihat dan cukup sifat.,Cuma mungkin ada sedikit kecacatan iaitu jari kakiku sedikit pendek (jari manis) dan kakiku juga sedikit tidak sempurna(memberi kesan kepada corak perjalanan sehingga sekarang)tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga..
mempunyai seorang abang yang 11 tahun berusia dariku..roslan,seorang abang yang agak pelik dan sememangnya pelik.,panas baran,tapi cepat reda,,jenis tak sayang mulut dan lasernya melebihi laser mak raja..(cik akulah,)
aku jenis cool seprti ayah..tapi jangan buat aku marah..kalau dh marah aku akan buat sesuatu di luar dugaan..leter2 ni tak main..huhuhu

Kemudian ayah di di tukarkan bekerja di sebuah kilang kelapa sawit di mentakab,jadi kami sekeluarga berpindah ke mentakab.,seingat aku ketika itu umurku 4 tahun,aku masih ingat kenangan-kenangan di mentakab,di mana aku mula mengenali bagaimana cara berkawan.,
Aku berjiran dengan keluarga cina,melayu dan india,kenangan yang sangat manis,ayah sangat baik dengan satu keluarga, cik pada ketika itu sudah mula menunjukkan bakatnya dalam perniagaan. Bermula jam 6 pagi,dia mula memasak untuk dijual kepada anak-anak muda yang berkerja di kilang pada ketika itu.
Satu kenangan yang paling aku tidak lupa,suatu hari ayah pulang dari kerja,tiba-tiba dia mengalami sakit perut yang teramat dasyat,aku lihat ayah mengerang sakit,kemudian dia dikejarkan ke hospital dan berjaya menjalani pembedahan appendix. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.
2 tahun di mentakab,ayah di tawarkan untuk pulang bekerja semula di Sungai Mai. Aku ketika itu berumur 6 tahun,masih tidak bersekolah walaupun ke tadika,aku masih ingat bagaimana pakcik Kamaruddin datang kerumah dan menawarkan pekerjaan kepada ayah.pada mulanya ayah seperti keberatan,tapi setelah di pujuk,dia akhirnya setuju..maka bermulalah episodku di Sungai Mai,,

masih segar dalam ingatanku,mula-mula aku sampai ke kawasan perumahan kilang sungai mai..ramai budak-budak sebayaku datang menyaksikan ayah dan kawan-kawannya mengangkat barang-barang..
seorang demi seorang datang bersalaman denganku..Izan,Tini,Ita,Lili,Mimi,Ayu...mereka semua menyabut kedatangan aku dengan mesra,,aku sebenarnya sedikit tidak selesa kerana aku tidak biasa mendapat kawan sebegitu ramai..
pertama kali belajar berkawan
mereka mengajak aku ke suatu tempat yang menurut mereka sangat menarik..tanpa meminta izin dari cik dan ayah,.aku mengikut mereka dengan penuh keyakinan..rupa-rupanya mereka membawa aku ke sungai..
bayangkan kanak2 berusia 6 tahun sudah pndai ke sungai
apa lagi..petang tu aku dapat hadiah tali pinggang ayah dari cik...huhuhu..
..aku perasan yang izan tidak sukakan aku..katanya aku manja..

ada lagi kenangan..aku meraung-raung ketika cik menghantar aku kesekolah tadika,,sungguh aku tidak berkenan dengan suasana yang cukup asing bagi aku..adakah patut masuk tadika pada pertengahan tahun? banyak yang aku tertinggal..aku ingat lagi..punyalah susah untuk aku menulis huruf M ,nasib baik ayah ada..bangun-bangun tidur je..kerja sekolah dah siap..hehehehe...

naik sekolah rendah..ayah menghantar aku ke sekolah bandar.,yang jauhnya kira2 28 km waktu itu (sekarang dah ada highway..jadi dekat sikitlah).walaupun hanya bekerja sebagai tukang kebun,aku tengok ayah seperti semangat untuk menyekolahkan aku di tempat yang bagus.,padahal terdapat satu sekolah yang jauhnya hanya 5 km dari tempatku.,
seingat aku,hanya aku,izan,tini yang bersekolah di sekolah tu..Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut..
abang waktu itu baru habis bersekolah..sedang menunggu keputusan SPM..jadi beban yang di tangung ayah tidaklah seberapa(agak2 aku la) memandangkan aku seorang saja yang bersekolah..

jadi kami bertiga ( aku,izan dan tini) menjadi rakan baik walaupun berlainan kelas,,sebenarnya aku ada konflik dalaman dengan izan,aku tidak menyukai personalitinya yang suka berlagak,cakap besar,macam dia je yang bagus..heheh tapi memandangkan dah tiada kawan lain..layan je la..

tapi,antara kami bertiga,,akulah yang paling bijak(heheh) selalu berada di tngga teratas dalam kelas,matematik?huh!petik jari jer,heheheh

segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah aku melalui episod hitam pada 24 disember 1988....

waktu itu cuti semester akhir tahun untuk aku naik setangga ke darjah 3,tiada apa yang aku
lakukan pada musim cuti sekolah melainkan hanya tinggal di rumah, zaman kanak2 ku tidak diisi
dengan kemewahan,tidak pernah aku di bawa melancong atau melawat ke tempat-tempat menarik seperti yang dilakukan oleh banyak keluarga pada zaman sekarang,
ayah pulang dari kerja seperti biasa. kau masih ingat waktu itu aku terdengar cik meminta ayah untuk ke pekan membeli sedikit barang keperluan. aku dengan segera berlari mendapatkan pakaian yang sesuai untuk ke pekan.
bila aku keluar,ayah sudah menghidupkan enjin motosikalnya, aku segera berlari mendapatkan ayah
jawapan yang sungguh menghampakan..ayah tidak mengizinkan aku untuk ikut sama ke pekan..
aku mula sedih..menangis huhuhu
akhirnya tangisanku berjaya memujuk hati cik untuk melepaskan aku pergi.ayah tanpa cakap banyak terus membenarkan aku membonceng di belakang.
kami ke pekan kuala krau yang letaknya lebih kurang 10km dari ladang sungai mai, masih aku ingat,ayah membeli beberapa barang dapur dan diletakkan dii dalam raga motosikal honda cup miliknya.
setelah segalanya selesai,kami bertolak pulang.,aku masih ingat setibanya di depan kedai runcit mamak di kawasan estet,aku meminta ayah berhenti untuk membeli ais krim,tetapi ayah memberi alasan sudah lewat.
dia terus membonceng tanpa menghiraukan rayuanku untuk membeli ais krim..tiba-tiba..."gedegang!!!!!
aku membuka mata perlahan-lahan..di mana kah aku...kenapa dunia aku gelap kurasakan..kenapa aku rasa seperti berada di awangan..
telingaku dapat menangkap bunyi riuh rendah..tetapi aku masih tidak tahu dimanakah aku sebenarnya..
' ni sorang lagi ni!!!" tiba-tiba aku mendengar jeritan seorang lelaki..tidak smpai beberapa saat aku dapat rasakan tubuhku diangkat oleh seseorang yang berbadan agak besar..
"la..anak dia ni" terdengar pula suara seorang perempuan dan beberapa suara lagi..
tubuhku yang lesu dan longlai diletakkan di atas jalan raya..aku membuka mata..
yaALLAH..menggeletar seluruh tubuhku melihat jasad disebelah yang berlumuran darah..ayah...air mataku mengalir,tapi aku tak berdaya bangun menuju ke jasad itu..ayah memandangku,seluruh kaki kirinya hancur..dia kelihatan tenang dan tak lepas dri menyabut perkataan ALLAH,..
Aku betul2 buntu ketika tu..apalah yang berlaku ni.,kenapa ianya berlaku,susah betul hatiku ketika ini...
mari kita hntar mereka ke hospital..baru aku perasan..ramainya orang mengerumuni dan menyaksikan apa yang berlaku, kami berdua dilanggar oleh sebuah kereta,dan puncanya memang aku tidak jelas kenapa..

1 comment:

fadz said...

hebat cerita ni, boleh dibukukan..